2024-05-08

Fake testimoni


Gambar atas ni. Perhatikan betul-betul.
Hmmm…entahlah. Masih ada orang buat “testimoni” fake macam ni?
Kerana orang-orang yang kurang cerdik macam nilah yang buatkan genuine business people punya testimoni dibakul-sampahkan.
Sebab itu aku cakap banyak kali - BUSINESS IS NOT FOR EVERYONE.
Not everyone enjoys the hustle.
Yang ambil jalan mudah gitulah jadinya.
Sendiri tanya, sendiri jawab.
Sama pulak cadar kau dengan customer, eh? Tido sebantal ke apa ni?

ORANG KITA. Yang busukkan market adalah orang kita juga.
Orang business, kau pun nak business. Orang lain jujur, kau tak.
Ujung-ujung jual harga lelong. Rosakkan market. Pastu kau meruyup.
Sebab tu aku tak berapa konfiden dengan seller-seller kat TikTok (especially).
Balik-balik muka dia dan dia je yang buat review.

“Ni best korang!!”
“Ni memang padu!”
“Aku dah re-stok 4 kali!”
“Sedap gila!”


Segala benda padu. Entah ya entah tak.

Yang create fake testimoni sendiri whatsapp sendiri jawab ni, apa agaknya dorang pikir eh?
Kau tak rasa nasi kau makan tu tersengkang kat tekak ke kalau cara kau cari rezeki gitu?
Kita ni cukup takut orang yang tak perlu guna nak guna produk kita.
Tak perlu, tak payah. Lagi tenang kepala otak aku.
But some people berusaha buat fake feedbacks nak suruh ramai orang beli produk dia.
Kalau betul produk kau bagus, tak perlu buat fake testimoni.
Boleh je buat video, explain pasal produk, dan tunjuk produknya.
Yang sampai kena create fake testimoni apa bendanya.
Kat mana kepuasannya bila semua testimoni kau adalah fake belaka?
Just imagine kau scroll balik semua testimoni kau padahal semuanya fake. Apa rasa? Puas ke?



Ni deretan testimoni real dari customer Middellyf.
Masa aku carry Middellyf tahun 2019, takde lansung testimoni.
Yang ada hanyalah video-video aku menceceh pasal Middellyf.
Sampai sekarang masih lagi aku bercakap pasal Middellyf.
Alhamdulillah testimoni is growing. Feedback real lebih best.
Sesekali kita scroll balik balik feedback tu semua rasa puas.

Again. Dah banyak kali juga aku tulis pasal sistem agen ni.
Orang kata kebanyakan HQ and founder yang menayang kekayaan tapi produknya tak nampak pun di mana-mana, sebenarnya produk dorang dijual pada agen.
Agenlah customer mereka. Agen yang beli berpuluh ribu.
Dan agen yang akan jual pada customer.
Masalahnya agen tak dapat jual. Why?

Ada 2 sebab:

Yang pertama, agen mengharap customer datang dari HQ.

Yang kedua, HQ dan agen jadi competitor.

Zaman aku buat biotek dulu, aku pun agen.
Tapi kita tak panggil agen. Kita panggil distributor.
HQ (kita panggil principal) tak bagi customer pun kat kita.
Dia lantik kita as distributor dan dia bagi sales target je.
Bertempiaran kitorang keluar sana sini everyday buat sales untuk cari customer.
Pandai-pandai la approch customer, buat demo, buat presentation.
Principal cuma nak tengok sales masuk.
Kalau 3 bulan sales tak hit, hak distributorship akan dibagi pada orang lain.
Sama je kan macam agen-agen produk online?
Bezanya, agen-agen online berharap customer datang cari dia. Dia taknak cari customer.
Dia berharap HQ buat kerja and pass the lead to them.
Bila stok tak jalan, salahkan HQ.

Dik, kalau nak berbisnes yang duduk tunggu customer datang, len kali bukak kedai makan.
Kalau bisnes online ni, kita kena cari customer.
Kita kena promote di page media sosial kita.
Hari-hari update pasal produk. Bukan duduk tunggu customer komen “PM” 🙄.

Yang kedua, agen dan HQ jadi competitor.
HQ pun jual pada user. Agen pun jual pada user. Sama-sama jual pada end user.

Takde masalah sebenarnya. Sebab selling price tetap sama.
Yang jadi masalah adalah bila HQ buat sale dan harga sale sama harga dengan modal agen beli stok.
Kat sini yang jadi agen marah.
Selalunya yang buat gini adalah produk-produk yang harganya sedia murah.
Selling price RM19.90. Harga agen beli maybe RM10.
Bila HQ nak buat sale, dia turunkan harga ke RM10.
HQ masih lagi untung kalau kos hanya RM5.
Agen la sakit. Beli pun dah RM10. Pastu jual takkan RM10 juga? Postage lagi.
Lagi sakit bila HQ buat sale “Beli RM30 dapat 10 barang”. Tak ke naya agen?



Ni agen/stokis mengamuk stok tudung tak jalan.
Tak tahulah salah siapa. HQ atau agen.

Pada pandangan aku, bila jadi agen, jangan tunggu customer datang.
Kita kena usaha cari customer. Bina database customer kita sendiri.

Masa aku jual Ephyra dulu mana ada HQ pass customer kat aku.
Dorang ada agen sendiri. Agen dorang ada nama kat website. Nama aku takde tau.
Sebab aku tak declare diri aku as agen. Aku as RESELLER.
Sebab tu aku buat promo sendiri. Tak ikut lansung promo HQ.

Siapa pernah beli Ephyra dapat free beg Hello Kitty? Free mp3 player? Free powerbank? Free mug?
Dan yang paling havoc sekali aku initiate package deal 3 box for RM500.
Lepas tu semua agen follow.
Pastu mengadu kat HQ aku buat pakej RM500. Hehe.
HQ pun pening apesal agen-agennya question aku buat pakej RM500 untuk 3 box.
Terpaksa dorang panggil aku. Buat syarat. But no worries, aku boleh je explain why.

RM500 tu untuk 3 kotak. Aku tak buang harga.
Kalau beli sekotak harganya tetap RM197 sama seperti yang HQ minta aku jual.
Kalau sesiapa beli 3 kotak, aku bagi special price.
Ini standardlah. Kau beli banyak, kau dapat diskaun. Kau nak diskaun, kau kena beli 3. Fair what?
Kalau takde bajet, belilah 1.
Yang beli 1, aku top up dengan free gift. Supaya yang beli 1 masih merasa untung juga.

Yang kau ikut aku buat pakej RM500 untuk 3 kotak buat apa.
Pastu merungut untung sikit.
Kau stick je lah pada harga sekotak RM197.
Bukan semua orang ada bajet beli selepuk RM500.
Pastu bila aku buat free gift bag Hello Kitty kau mengadu kat HQ.
HQ boleh buat apa? Bukan HQ yang bagi bag tu. Aku keluarkan duit sendiri beli.
Last-last aku buat jelah produk sendiri. Buat GreenAard. Settle.

Nak jadi agen, jangan berharap customer cari kita.
And you must be creative.
That's why business is not for all.
Kalaulah semudah itu berbisnes, semua orang nak buat.
Hakikatnya tak berlaku macam tu.
Walaupun HQ hari-hari buat post kat media sosial marketkan produk dan branding, YOU as agen kena cari customer juga.
Bila berharap customer datang dari HQ, itulah jadinya. Stok tak jalan.
Sebab menunggu je customer PM.
Takkan ambil stok hanya untuk buat flash sale? Hilanglah value produk.

Bagilah free gift.
Atau Buy 1 and get 50% off on second item.
Atau rebate RM30 for every RM100.
Atau free delivery for purchase value RM150.

Do something else selain dari melelong je kerjanya merosakkan market.


2024-05-06

Mana-mana bisnes, marketing memang kena ada.


Alhamdulillah. En Wan ada meeting today.
Dia hantar video gambar dia ada kat wall of fame.
Another achievement unlocked. Dengan izin Allah.


Oh by the way, aku tak update Open House Raya tahun ni di blog. Sekadar di FB saja.
Gambar terlampau banyak, silakanlah skodeng FB aku saja.
Again, nak sampaikan ucapan terima kasih secara pukal kepada semua client En Wan yang sudi meredah jem melekat berjam-jam untuk hadir ke open house beliau.
Menjemput tu satu cerita. But sudi hadir is satu cerita lain.
Kami sangat-sangat hargai.
Kau tahu je lah agen kau tu punya planning. Everything kena teratur.
At least dia nak buat sehabis baik.
Dari makanan dan tempat makan dia nak pastikan client selesa dan enjoy.
No business talk. Only makan-makan.

Tahun ni jemputan lebih ramai dari last year.
Rahun 2023, dia belum cukup setahun di Prudential. Client belum 200 orang pun lagi.
Tahun 2024, client dah lebih 400 orang.
Aku syak tahun depan mahu cecah 600 client ni.
Silakan buat kat dewan, ya.
Takkan nak pacak sampai 5 khemah pulak. Macam kawenkan anak pulak hai.

Orang kata En Wan beruntung sebab most clientnya adalah blog reader aku. Aku buatkan marketing.
Some agen dah 10 tahun masih belum MDRT, let alone nak dapat Presiden Club or Top Agent Nationwide katanya.

Mana-mana bisnes, marketing memang kena ada.
Mana-mana bisnes pun nak ada marketing.
Kalau tak, macamana orang nak tahu.

Takaful bisnes is a TRUST bisnes.
Bukan senang orang nak keluarkan duit konsisten beratus-ratus setiap bulan kalau bukan kerana trust.
Prudential sendiri dah 100 tahun. Award dah berapa banyak dapat di peringkat global.
Dah tak perlu diperkenalkan lagi.
Tapi seorang agent perlukan marketingnya sendiri supaya orang tahu dia wujud.

Kebetulan aku bekas medical underwriter Prudential.
Aku pun ada medical card, hibah dan investment polisi dengan Prudential.
Just niceah kalau aku nak berkongsi pasal Prudential because not only ada ada 3 jenis polisi berbeza, aku juga pernah jadi team barisan hadapan Prudential.
Dapatlah share sikit pengalaman. Selebihnya memang kerja En Wan.

En Wan pun gunakan kelebihan tu dengan sangat baik.
Dia memang always all out dengan apa dia buat.
Staff-staff aku faham sangat cara kerja En Wan.
Client-client pun tahu cara kerja dia macamana.
Now dia tak perlukan aku dah.
Tahun ni most clients dia dah start datang dari bukan blog readers.
Maybe sebab dah banyak recognition and awards dia dapat, banyak talk and sharing dia dah bagi ke group-group lain, trust has grown significantly.
Especially client yang ambil coverage tinggi macam hibah nilai 1 juta, they purposely contact En Wan untuk jaga polisi dia.
That day masa open house, ada beberapa client dia kenalkan pada aku, yang bukan blog reader.

Jadi sales ni tak senang. Especially offline sales.
Offline sales requires berjumpa dengan customer and banyak main dengan technical explanation.
Sales like takaful, lab supplies, hi-end gadjet, kereta adalah antara yang perlu technical explanation.
Bukan setakat "Ni best korangggg! Ni paduuuuuu!"
Kena ketuk dengan customer jawabnya.

Contohnya lab supplies.
Brand memang bukan calang-calang. Applied Biosysems, Roche, BioRad, Fisher.
Ni semua big player dalam biotech industries seluruh dunia.
Tapi, kalau agen tak tahu apa yang dia jual, bercakap pun mbek mbek mbek tak tahu hujung pangkal, sampai situ sajalah pertemuan kita.

En Wan dah boleh stand alone.
Sesekali aku suka-suka je menulis pasal takaful, especially kalau dia ada bagi talk atau dapat award.
Sebab most of his clients baca blog, aku sharelah achievement dia kat sini.
Hari tu pun katanya ada client datang raya bawa kawan yang baru nak ambil polisi.
Nak bersembang dengan En Wan pasal hibah.

En Wan ramai client hibah. Sangat ramai.
Dia always encourage client-client dia buat hibah.
Kebetulan client pun ramai yang 35 and above, masih murah lagi kalau nak buat hibah.
Aku dulu start buat hibah awal 30s.
Sampai sekarang bayar RM100/bulan je sebab start awal.
Masih muda, belum ada penyakit. Risiko usia pun rendah. Murahlah caruman.

Yang penting, start buat hibah SEBELUM ada penyakit.
Once dah ada penyakit, bukan tinggi caruman tau tapi LANSUNG TAK BOLEH BUAT HIBAH.
Kalau medical card tu ada ampun lagi. Paling-paling pun dia tinggilkan caruman je.
Kalau hibah, no way. Once ada penyakit, takde peluang.
Kecuali dia keluarkan hibah special untuk orang sakit macam dulu. Sekarang dah takde dah.

Selalunya bila kita dah mula realized anak semakin membesar, masa tu akan datang kesedaran untuk tinggalkan sesuatu pada anak.
Aku pun macam tu juga. Dah cecah 30an baru nampak kepentingan meninggalkan hibah.
Bukan nak kata bergantung pada duit, tapi kena be realistik.
Kalau dah mati esok, anak-anak perlukan sesuatu untuk bersandar.
Nak bersandar pada orang pun, ceritanya tetap duit.
Nak membesarkan anak, biaya kehidupan, lunaskan hutang, ceritanya tetap pakai duit.
Selagi boleh merancang untuk tidak menyusahkan waris yang lain, kita rancanglah.



2024-05-03

Just share your awards. Don't share your rewards. Orang menyampah.


Semalam sorang follower kat IG share aku satu video.
Seorang manager Takaful pakai McLaren sport car.
Follower ni tanya "En Wan top agent nationwide dalam Prudential, kan? Mesti En Wan boleh pakai lebih dari ni"

Hahahahaha.

Inilah yang aku takut.
Aku banyak kali pesan kat En Wan, "Just share your awards. Don't share your rewards"

Awards penting untuk dikongsi sebab itu adalah trust.
Takaful is a trust business.
Award macam MDRT, Wealth Planner, Top Agent, President Club Award - ini semua achievement yang diiktiraf di peringkat national and international, maka mesti dikongsi.
Kerana ini adalah petanda you have a great achievement.
Client mencari trusted agent like this.

Rewards adalah something bonus.
Kalau tak dapat dari majikan pun, kau boleh beli sendiri.
Contoh, menang iPad, menang iPhone, trip ke overseas - ini semua orang boleh beli.
Bezanya, kalau kau menang challenge, kau dapat free.
Kalau tak dapat pun, boleh je keluarkan duit sendiri.
Aku always ingatkan En Wan, tak payahlah share benda ni. Orang menyampah.

Serious! Tak tipu.
Orang tak suka bila kita start share belongings and materials.
Apetah lagi kalau dorang merasa kerana duit dorang membayar caruman tetiap bulan yang buatkan kau kaya.
Lagilahhhh meluap-luap rasa menyampahnya.
Sanggup dia lapse-kan polisi semata-mata taknak bagi kau merasa komisyen dari duit caruman dia. Hahaha.
Padahal orang tak tahu some agen, ada gaji tetap.

Macam En Wan ada fixed income dari Prudential, plus komisyen (of cos la dia buat sale).
On top of that, dia juga adalah engineer yang masih ada income from technical-based project yang dia terlibat.
Sebab itu dia banyak "pulangkan" komisyen dia kepada client dalam bentuk merchandize dan gift.
Kerana dia ada sedikit kemampuan untuk share his komisyen. Tak kacau his other income.  
Siapa dapat kurma Ajwa bulan puasa hari tu?
Dia spend a few thousands untuk kurma sahaja.
Itupun rasanya tak semua client dapat sebab jenuh nak mencari stok Ajwa.

Tapi tu lah, ramai shallow people out there yang always merasa semua yang buat bisnes ni kaya sebab duit dorang.
Alahaiii. Shallow sungguh.
Tu pasal, ramai agen takaful yang share beli kereta baru, rumah baru, jam tangan baru - bulan depan sales terus drop.
Ini follower IG aku cerita.
Dia kata ramai agen-agen yang bila start share rewards, sales terus drop.
Sebab tu aku cakap, MANA ADA ORANG SUKA KAU BERJAYA? Tak ada!
Yang suka kau berjaya cuma pasangan kau je.
Adik-beradik pun belum tentu suka. Apetah lagi strangers.

Kau ingat yang follow kau kat media sosial tu suka kau semua?
Lagi banyak tak suka dari suka.
That's why aku prefer share benda-benda bangang macam lauk masak, makan-makan, aktiviti anak-anak, aktiviti keluarga, dan update yang bodo-bodo.
Sesekali ada lah update bercuti, itupun simple-simple saja.
Orang suka baca post-post simple dan yang tak mencabar.

Biar orang tak tahu kita beli apa, kita dapat apa.
Biar orang anggap kita tak ada apa yang dia ada. Biar. Lebih aman dan tenang.
Tak ada apa yang nak dibuktikan dari situ.
Itu cara aku lah. Kalau orang nak share silakan.
Aku takde masalah tengok orang lain share macam-macam.
Orang holiday overseas pun aku LIKE.
Sebab aku tahu apa yang aku mahu dan aku tak mahu.
But itu aku. Orang lain mungkin tak.
Ramai je orang yang follow kau sebab nak pastikan kau tak lebih dari dia.
Apa yang kau belum ada dia taknak kau ada.
Apa yang kau dah ada, dia tak mahu lebih dari dia. You get it?

Agen yang pakai McLaren tu, janganlah kita bandingkan dengan agen-agen lain.
Dia beli kerana dia mahu.
Agen lain tak beli mungkin kerana tak mahu.

En Wan prefer untuk kongsi pengiktirafan yang dia dapat sahaja.
He enjoys sharing the awards and recognition he receives, as it demonstrates his consistency and seriousness in his work endeavors.
Aku setuju dengan cara dia.
Aku as client pun, nak agen yang ada track rekod yang bagus untuk jaga polisi aku.

Sebelum En Wan, aku ada 2 polisi dengan 2 agen berbeza.
1 conventional policy, 1 lagi hibah.
Sikit aku tak kisah berapa komisyen agen dapat. Malah tak ambik tahu lansung.
Sebab bukan itu tujuan aku ambil polisi.
Aku ambil polisi kerana nakkan benefit dan perlindungan.
Jadi, fokus aku hanya pada maintain my polisi. Cukup.
Dia nak kaya sebab komisyen aku, itu rezeki dia.
Biasalah tu, buat sales memang ada komisyen.
Especially agen-agen yang tiada ada gaji tetap.
Memang dari komisyenlah gaji mereka. Takde apa yang pelik kat situ.
Dia dapat atas kerja yang dia dah buat.
Macam orang lain yang makan gaji, hujung bulan dapat gaji dari kerja yang dah dibuat.

By the way, korang yang masih pegang polisi conventional, silakanlah bertukar ke polisi takaful.
Aku pun dah tukar conventional policy aku ke takaful.
Takaful offers konsep yang lebih selaras dengan prinsip-prinsip syariah dan coverage lebih tinggi.

Macam conventional polisi aku dulu, dari tahun 2003 sampai 2022 aku pegang, coverage hanya RM80K.
Tuhan Maha Baik, sepanjang ni aku tak sakit.
RM80K tu adalah coverage sepanjang hayat, ya!
Sebelum En Wan jadi agen aku ada ambil satu polisi takaful.
That was tahun 2019 kot.
Pastu dengan En Wan aku ambil lagi satu polisi takaful Bila dah ada 2 takaful (medical card), aku stop yang conventional.

Takaful ni lain. Kalau coverage kau RM250K, itu bermakna RM250K setahun.
Katakanlah tahun ni dah guna RM80K, tahun depan dia reset balik ke RM250K. Cantik tak? Cantiklah.
Sekarang kos perubatan makin mahal.
Bila reset every year, untunglah kita.
Tak dinafikan caruman takaful lebih tinggi dari conventional.
But that's ok because setidak-tidaknya setiap tahun reset new dan paling penting syariah comply.
Orang kita ada je tak kisah tak syariah comply asal murah katanya.
Tapi ambil coverage RM200K sepanjang hayat. Adeh.
Dey, orang cina ambil conventional tak ambil RM200K. Dia terus ambil RM3-4 juta, ya.

Esok, insyallah En Wan buat open house untuk client-clientnya.
Siap ada banner Prudential lagi. Proud betul dia dengan client-client dia.

6 polisi sekaligus. Ni kalau ada meja VIP dah tentu kat VIP duduknya.
Malangnya takde, ya. Silakan masing-masing cari seat kosong yang ada.
Aku insyallah ada di dapur.
Siapa masuk sampai ke dapur, otomatik kena tolong aku basuh pinggan. Mbhahahahha.
See you tomorrow!

Nak tanya En Wan apa-apa: 012-4407757


2024-05-02

Senang gila deal dengan orang yang beli Rolex.



Video atas ni sangatttttlah BENAR BELAKA!

Dah banyak kali aku tulis pasal ni. Rasanya every year kot.
Iaitu, jual produk mahal lebih mudah close sale dari jual produk mampu milik.

Semakin mahal harga barang, semakin berkualiti transaksi tu.
Semakin rendah harga barang, semakin mengarut dan serabut transaksi tu.
Transaksi kat sini bermaksud urus-niaga.

Macam orang dalam video tu cakap, senang gila deal dengan orang yang beli Rolex.
Sebab, orang yang beli Rolex adalah orang yang mampu.
Orang yang mampu hanya akan approach bila dia dah bersedia nak beli.
Dia datang kedai lengkap dah tahu apa dia nak, spec mana, harga pun dah tahu. Dia datang untuk beli saja.

Payah nak nampak orang saja-saja masuk Chanel kalau tak mampu beli.
Dari awal dia dah tahu tak mampu, maka dia takkan masuk. Bertanya pun tak berani.
Bukan sebab tak berani, tapi sebab dia tahu kalau tanya pun bukan mampu beli.
Sebab itu butik-butik high-end jarang nampak ada orang.
Tapi bila ada sorang masuk kedai, usually itu confirm sale :)

GreenAard takde produk yang mahal.
Semuanya mampu milik, sesuai dengan harga. Tak murah sangat, dan tak mahal sangat.
Sesekali, kitorang buat pakej yang hit RM300-RM400.
Tahu tak, pakej ini lebih laju perginya.
Setiap kali buat pakej Gloei Buy 3 Free 1, yang berharga RM417, kitorang perlukan AT LEAST 1000 botol in hand.
Berdesup perginya pakej ni.
Orang-orang yang beli pakej ni whatsapp untuk terus beli. Sebab:

⁃ yang pertama, dorang memang guna Gloei
⁃ yang kedua, they are satisfied with the produk
⁃ yang ketiga, dorang tahu deal itu jauh lebih jimat

Yang tak biasa, akan merasa RM417 sangat mahal.
Tapi kepada yang biasa, they know RM417 tu sangat special deal. Jimat RM139 terus.

Hari tu aku tengok video DS Vida shopping satu set barang LV di China.
Macam beli ikan dia buat. Seronok aku tengok dia membeli.
Dia tunjuk tunjuk tunjuk je.
Sebab dia dah tahu apa dia nak. Datang untuk membeli terus.
Kalau dia bertanya pun untuk kepastian saja.

Pengalaman aku in sales sejak 2003, customer yang berduit memang tak banyak songeh.
Dan dorang takkan question pasal harga.
Dorang lebih berminat nak tahu specs, quality atau practical of the product.
Yang buat kau serabut adalah customer yang takde duit.
10 kali bertanya, tak beli-beli.
Dan setiap kali bertanya balik-balik pasal harga.
Kalau tak harga, diskaun. Kalau tak diskaun, ada free gift ke tak.
Because dorang adalah kelompok yang budget-conscious or perceive value solely in terms of cost.
Tumpuan dorang hanya pada harga.

Siapa yang in education/training business juga mesti perasan pattern ni.
Those yang bertanya tentang course cenderung tanya tentang apa module training, siapa speaker, ada assessment ke tak, ada assignment ke tak, ada exam ke tak. Hujungggggg baru dia tanya yuran.
Because these people value the training and certicates lebih dari sebuah yuran.
Sijil dan kelulusan itu yang dorang mahukan.

Teringat bos aku dulu.
Ada sorang customer tu sangatlah liat nak close deal. Penat aku.
Ajak aku jumpa every week. Discuss benda yang sama je setiap kali jumpa. Tapi belinya tak.
Setiap kali Monday meeting aku update progress yang sama je kat boss. Letih.
Asal sembang je, tanya diskaun. Asal sembang je tanya ada promosi ke tak.
Dah dibagi harga pakej yang lebih murah, mintak lagi free gift, free supply, free itu ini.
One day aku bawa boss biar boss settlekan.
Aku cakap kat customer maybe boss boleh bagi diskaun extra sebab kuota diskaun yang aku boleh bagi takat 5% off je.

Bila dia start bersembang dengan bos aku pasal diskaun, dengan berseloroh bos aku cakap “So, your shopping spree only kicks off when the sale signs go up, huh?” 🤣🤣

Aku kat tepi merah muka. Macam aku pulak kena setepek.
Terkedu kejap customer tu.
Boss aku pun pandai. Dia cakap sambil gelak-gelak so tak nampak macam harsh sangatlah, tapi menusukkkk.
Malu customer tu aku rasa. Terus close deal. Takyah diskaun pun.
Sebab dia dah malu, kan. Terpaksa la close deal nak cover line.

Minggu lepas until 30 April GreenAard minta customer habiskan point sebelum point expired.
Ramai yang point expiry 1 May.
Yang expired 1 May ni kitorang text and tanya kalau-kalau nak purchase apa-apa dengan point tu. Sayang kalau burn gitu je.
Mostly boleh redeem diskaun RM25 and RM60.
Ramai yang gunakan point. Ye lah, point tu hasil dari purchase dorang juga. Bukannya kitorang bagi free-free.

Dalam ramai-ramai tu ada juga 2-3 orang yang dah dapat diskaun tapi nak diskaun lagi.
Lahhhh. Camana nak bagi lagi kalau point kau takat tu je 🤦🏻‍♀️.
Bila check history pembelian, laaa beli pun setahun sekali, acano nak point tinggi kak oiii 😆.
Selalunya gitulah. Yang regular customer tak apa-apa.
Yang beli setahun sekali ni yang demand macam-macam.

Masa aku buat biotech dulu ramai jenis ni.
Belinya setahun sekali. Tapi asal mintak sponsor untuk majlis konvo, simposium and trip students, surat dia yang sampai dulu.
Pastu kejap-kejap call nak tanya jadi tak nak bagi sponsor.
Institusi yang beli RM3.5 juta setahun pun paling tinggi nilai sponsor mintak RM20K.
Kau yang beli RM5K setahun mintak RM10K untuk letak iklan kat booklet.
Itu pun half page. Takde color pulak tu. Eh kau.

Korang yang buat kuih, katanya barang mahal takut takde orang beli, kan.

ADA! Jangan takut. Ada. Cuma tak ramai. Tapi ada. Jual je mahal.
Bukanlah mahal sembrono tak tahu hujung pangkal.
Maksud aku, kalau barang naik, jual je mahal. Jangan stop.
Jangan takut hilang customer.
Customer yang hilang adalah customer yang value money more than kualiti dan rasa kuih tu.
Customer yang stay semuanya yang pentingkan kualiti dan rasa berbanding harga.
Nanti kau tengok slowly crowd kau bertukar ke crowd yang takde tawar-menawar dah. Serious tak tipu.
Jangan takut pakai barang premium.
Orang yang mampu beli selalunya orang yang paling supportive.

Selalu baca cerita-cerita kat FB, yang meniaga kuih tepi jalan asyiklah kena memberi diskaun.
Kadang diminta bagi extra 1.
Sebab apa? Sebab kuih tu murah.
Makin murah kuih, makin sakai perangai pembei yang bakal jumpa.
Cuba kalau masuk cafe, ada dia berani minta tawar kek ands pastry dalam tu?

Cafe bawah opis aku adalah cafe paling lama berfungsi selama aku menyewa kat atas.
Selama 9 tahun GreenAard kat atas, kedai bawah ni dah lebih 7 kali bertukar penyewa. Until cafe yang sekarang.
Sebab apa? Sebab dia tak peduli harga kek orang lain.
Dia jual harga sesuai dengan kualiti kek dia.
Kek dia ala-ala Gula Cakery. Sedap dan cantik. Mahal pun orang beli.
Dan orang yang datang adalah orang yang mahu dan mampu beli, bukan datang untuk tengok-tengok.
Orang yang sekadar nak tengok-tengok takkan berani masuk.

In takaful business pun sama.
En Wan kata yang berminat dengan takaful, lebih banyak bertanya tentang coverage details, coverage limits, claim process, pre-existing condition, additional benefits, customer support. Hujungggg baru discuss harga.


2024-05-01

Ramai yang masih tak faham ADAB ke majlis. Sebab apa? Sebab dah jadi kebiasaan.


Ramainya yang ada experience tetamu takde common sense di majlis kenduri/open house, kan?
Pandai korang ya. Suruh aku melahar bagi pihak.
Kau takut nak melahar nanti kena kecam, kan? 😆🤣

Ramai yang masih tak faham ADAB ke majlis. Sebab apa?
Sebab dah jadi kebiasaan. Takde yang tegur.
Tu pasal dia anggap hal tu biasa.
Biasa datang jemputan bawak ipar-duai. Biasa datang jemputan bawak member.

Kalau dapat jemputan kawen dari kawan, aku tanya dulu "Siapa lagi kau jemput?".
Bila tahu siapa gerangannya yang dijemput barulah aku text kawan tu untuk set time nak gi sama-sama atau jumpa di sana.
Bukannya pi canang dalam whatsapp group "Si Alip nak kawen. Jom la kita gi. Kumpul sana".
Ini namanya sakai!
Majlis orang tu pulak yang kau jadikan gathering korang.
Lepas tu berlonggok 2-3 jam tak reti nak balik. Takde rasa malu ke?
Yang tak dijemput tu pun takde rasa segan ke datang tanpa jemputan?

Orang-orang macam ni bila kita cakap pasal ni karang, modal dia balik-balik "Tetamu bawa rezeki".
Ok good. Do for your guests in your home. What I do in my own home, you don't need to question.

Sama macam isu anak-anak berpencak di rumah orang.
Kalau kau boleh terima, silakan buat allow dibuat di rumah kau.
Tapi rumah aku, no.
Aku kalau pegi rumah orang nampak budak berpencak, aku pandang je.
Sebab tuan rumah dia tak cakap apa. Takkan aku nak melebih, kan.
Tapi kalau buat kat aku, better don't la.
Sebab kalau aku berbunyi karang, kau sentap pulak.

Tak payah nak persoal, kenapa tak jemput orang tu? Kenapa tak boleh bawak orang ni?
Tak, benda ni kalau tak pakai hukum pun, kau tak pakai otak ke?
Kat FB post aku, ada beberapa orang PM berpengalaman dapat tetamu yang tak diundang.
Tuan rumah terpinga-pinga nampak tetamu yang tak dikenali duduk semeja dengan orang yang dikenali, sembang beria.
Maknanya si yang dikenali tu dah menjemput dan memandai bawak orang yang tuan rumah tak undang.

Dia macam ni tau.
Bila undangan tu kata sekeluarga, bermakna suami isteri dan anak-anak.
Bukan mak bapak, atau mertua atau ipar duai, WALAUPUN mereka duduk satu rumah dengan kau. Ini common sense.
Kalau terpaksa bawak, bertanyalah dulu pada tuan rumah. Itu namanya ADAB.
Yang kau angkut satu rumah tanpa pengetahuan tahu-tahu berbondong sampai ke majlis orang, itu namanya BIADAP.

Aku tak sure if orang yang aku nak cerita ni baca.
Aku datang akikah anaknya. Dia jemput aku sefamily.
Aku plan nak ke Bangi seepas tu. Nak bawak mok sekali.
Aku tanya dia "Akak nak balik Bangi lepas tu. Kena bawak mak mertua akak sekali. Takpe ke?"

Dia jawab "Yelah Kak Di. Sekali dengan mok Kak Di la ni"

Walaupun blog reader tahu mok duduk dengan aku, tetaplah kena bertanya.
Sebab jemputannya aku sekeluarga. Maknanya keluarga Diana. Bukan keluarga Wan Dagang.

Tak, ini bukan nak tunjuk bagus.
Tapi nak cerita pasal common sense.
Benda ni patut semua orang ada. Benda lojik kot.
Tapi tu lah, some people bukan takleh pikir tau, tetapi TAK MAHU pikir.
Dia nak mudahkan hidup dia je.

Macam kes bawak staff datang open house rumah aku.
7 orang, ya! 7 orang yang takde segan-silu.
Tapi nak salahkan staff ni pun tak boleh gak sebab "bosnya" yang ajak.
Kalau bos takde otak, what do you expect staff-nya, kan? Haaa, gitu makan dia.

Tadi ada orang tag aku kat post di FB.
Tengah viral sorang lelaki terjah kenduri kawen tanpa jemputan. Dan lelaki tu buat saja suka-suka.
Gini perangai pun ada eh?
Masalahnya, ada pulak yang komen "Biarlah dia makan. Bukan luak pun".

Komen macam ni selalunya datang dari orang yang tak pernah buat makan-makan kat rumah, tapi suka pi makan-makan kat majlis orang sambil bawa 13 keturunannya sekali.
Tu belum dengan perangai suka tapau.
Haaa. Hat ni aku kena senseng lengan baju. Laju nak menaip ni.

Yang suka menapau ni selalunya sedara-mara, ipar-duai dan bau-bau bacang.
Orang luar kurang berani nak buat macam ni.
Sebab relatives je yang berani masuk sampai ke dapur selak tudung periuk.
Bila nampak lauk dalam periuk banyak lagi, dia minta tapau.
Dia pikir tembolok dia anak-beranak.
Dia tak pikir majlis belum habis lagi ni. Ramai lagi yang belum sampai.
Sibuk dia nak membungkus kat anak yang tak dapat datang sebab ada exam.
Membungkus kat laki yang kena buat OT.
Pernah ya, dia membungkus sebab esok nak sahur. Malas nak masak. Kau rasa??

Masalahnya, tuan rumah tak pelawa kau menapau pun. Kau yang offer diri.
Banyak pulak tu! Serba satu dibungkusnya.
Nasi beriyani lain. Soto lain. Kuih and kek pun tapau juga.
Memang dia ada share dalam majlis agaknya.
Nak ditegur karang, kita ni pikir esok lusa kalau ada kenduri-kendara nak kena berkumpul keluarga. Malas nak bermasam muka.
Bila tak ditegur, menjadi-jadi pulak.
Tetiap tahun nanti dibuat perangai yang sama.
Jadi, apa solution?
Solutionnya, next year tak jemput dah.
Kalau next year muka dia ada walau tak dijemput, tau dah lah.
Memang sejenis penyakit agaknya. Takleh buat apa.


2024-04-30

Datang majlis orang dengan bawa kaum-kerabat yang tak diundang oleh tuan rumah.


Aku tak faham jenis orang yang datang majlis orang dengan bawa kaum-kerabat yang tak diundang oleh tuan rumah.
What are they thinking?

Last week aku beraya rumah pakcik aku.
Pakcik hantar invitation melalui whatsapp.
Aku peram invitation tu, tak panjangkan pun invitation tu ke sedara-mara yang lain, walaupun aku tahu obviously cousin-cousin aku kenal that pakcik. Why?
Sebab pakcik tak pesan "Nanti tolong invite cousin lain, ya?"

But ada orang, dia merasa macam dia ada share dengan majlis orang.
Memandai-mandai dia datang dengan segerombolan orang lain yang tak dijemput oleh tuan rumah.
Sengih-sengih salam tuan rumah "Family mak mertua and adik ipar datang rumah, saya bawa sekali ni". 3 kereta. Kau rasa?
Dah sampai depan pintu, tuan rumah nak cakap apa?
Terpaksalah terima walau dengan muka kelat dan tak ikhlas.

Tapi, orang-orang macam ni dan sekutu dengannya akan cakap "Tetamu membawa rezeki".
Orang-orang takde otak macam ni memang suka bercakap lapik agama.
Sebab tahap agama dia sampai situ je dia tahu.
Dia tak tahu kalau tuan rumah tak halal sebiji nasi masuk dalam, tetamu yang tak diundang tu, dengan kau-kau sekali tanggung esok.

Tak payahlah kau pulak nak bercakap bagi pihak tuan rumah sama ada dia patut menjemput si polan dan si polan, atau terima saja sesiapa yang datang atas dasar "tetamu membawa rezeki".
Rumah dia. Majlis dia. Dia berhak jemput siapa yang dia nak jemput dan tidak mengundang sesiapa yang dia tak mahu undang.
Apa pun reasonnya, bukan urusan kau untuk bincangkan.
Boleh jadi kerana budget, atau ruang terhad, atau tak mahu sesak dengan ramai jemputan.

Konsep tuan rumah menjemput siapa yang dia mahu, tak jauh beza dengan tuan rumah yang bagi duit raya RM2 dan RM5.
Suka hati dia lah nak bagi berapa pun, duit dia.
Bukan urusan kau untuk persoalkan kenapa hanya bagi RM5.
Urusan kau datang jemputan, makan apa yang ada, silaturrahim, dan balik.
Kalau datang semata nak duit raya banyak, nak makan sampai terbelahak, nak makan selesa anak-beranak satu meja - kau pegi book mana-mana hotel.
Dorang ada buat Raya buffet.

Last year rumah aku buat open house, tapi bukan jemputan kami suami isteri.
Hanya jemputan dari En Wan sahaja untuk client-clientnya.
Dan En Wan ada jemput beberapa orang saudara terdekat.  
Aku as isteri pun tak berani jemput sedara-mara aku datang.
Mak bapak aku pun aku tak ajak.
Sebab aku RESPECT majlis En Wan.
Dia nak meraikan client-clientnya, jadi biarlah majlis tu tentang client sahaja.

Tapiiiii ada yang tak paham bahasa. Siap datang bawa pekerja!
Staff aku sendiri aku tak invite. Kau pulak memandai bawa pekerja datang jemputan rumah orang.

Some people memang tak dibekalkan dengan akal kot. Hanya ada otak. Kosong.
Dia ingat asal ada jemputan kenduri, atau open house raya, boleh bawak sesiapa kerana ini adalah majlis makan free.
Sumpah mendidih je aku perati orang macam ni.
Kau kalau nak belanja staff makan, pergilah bawak pi Anwar Maju tu.
Koman betul bawa pekerja datang makan kat open house orang. Ceh!


2024-04-28

Narcissist susah nak lepaskan walau seorang, melainkan kau lari


Ramai yang minta aku buat post kes si A.
Aku tak berminat nak mengulas kisah cinta dia.
Sebab aku tak pernah ambil tahu pun pasal si A ni.
Tup-tup mendonia entah mana datang, macam tak sesuwei pulak aku nak mengulas.
Sebab orangnya pun aku tak pasti apa achievement beliau.

Tentang kes yang tengah panas ni, setakat take note apa yang sedang berlaku je lah.
Terima kasih kepada kawan aku yang also A yang telah memberi link demi link kisah si A tadi, untuk aku baca.

Aku nak cakap pasal NARSISTIK.

Orang yang narsistik salah satu cirinya adalah possessive.
Dia takkan senang-senang nak lepaskan kau macam tu je.
Dia suka pegang banyak benda.
Dia nak pegang kau. Dia nak pegang si anu. Dia nak pegang yang itu. Nak pegang yang ini.
Walaupun dia tahu dia takkan boleh handle semua, dia takkan lepaskan.
Sebab apa? Sebab JUST IN CASE.

Just in case yang nombor 1 tak layan, ada nombor 2.
Kalau nombor 1 and 2 both tak layan, ada nombor 3.

And people tertanya-tanya apa yang best sangat pada si narcissist sampaikan ramai perempuan nakkan dia dalam masa yang sama.

No. Bukan the narcissist, tetapi perempuan-perempuan yang terkejar-kejarkan dia compete with each other to win him!
Perempuan-perempuan inilah yang buatkan si narcissist nampak macam best.
Padahal dia biasa-biasa je. It's the girls!

Perempuan, biasalah.
Bila pakwe syok kat orang lain, of course rasa tercabar.
Bila tercabar, masing-masing tak nak mengalah.
Ditambah pulak dengan nature seorang narcissist yang takkan lepaskan wanita-wanitanya, of cos si narcissist membagi kata-kata manis yang membuatkan the girlfrens stay.
Kalau lelaki dah bagi harapan, kau rasa the girls tak nak stay ke? Dah tentu stay.
Tu pasal walau berkali-kali si narcissist buat perangai, entah apa dia punya ayat manis, the girls mesti stick around.
Sanggup menaburkan budi lagi.

Aku taknak cerita panjang bab narcissist sebab dah banyak blog post aku tulis pasal ni.
Setiap tahun mesti aku tulis pasal ni.
Now aku nak membagi nasihat pada wanita-wanita yang terjebak dengan relationship with narcissist.

RUN!

Satu kali terkena, oklah. Lesson learnt.
Tapi kalau berkali-kali terkena masih nak bagi peluang. Dah-dah lah.

Memang susah nak terlepas dari seorang narcissist.
Dia takkan lepaskan kau dengan mudah, sebab dia suka menjadikan kau JUST IN CASE.
Kalau now dia ada 10 orang, percayalah cakap aku, sepuluh-sepuluh ni sebenarnya masih ada.
Nature seorang narcissist adalah, suka buat orang sebagai collection.
Dia susah nak lepaskan walau sorang, melainkan the girl run.

Narcissist enjoys attention.
Dia sangat suka kalau dirinya digilai, disayangi, dan sentiasa ada tempat nak melepaskan boring.
Walaupun kau hanya pemain simpanan, kau tetaplah di situ. Dia tak buang.
Dia cuma letak kau kat tepi.
Nanti bila teringat, dia carilah kau.
Umpama si narcissist ada dalam sebuah rumah.
Korang yang 11 orang ni ada kat luar rumah.
Sorang kat depan pintu masuk. Sorang kat bucu belah kiri. Sorang kat bucu kanan. Sorang atas bumbung. Bersepah-sepah.
Tapi kau tetap tak boleh masuk rumah dia.
Dia akan keluar dapatkan kau bila dia nak.

That's why aku cakap, RUN!
Kau yang kena move.
Selagi kau tak move dia akan always make sure kau stay.
Dia akan keep you in the loop.
Dia nak maintain control and keep you within their sphere of influence.
Dia nak kau stay bukan sebab sayang pun. Sebab JUST IN CASE.
If anything happens, dia masih ada kau.

Untuk apa?
Untuk validation. Untuk admiration. Dan untuk merasa bernyawa.
Kalau kau met a narcissist at the wrong time, lagi sakit!
Sebab dia hanya jadikan untuk fill the gap saja.
Dia jadikan kau sebagai distraction dari their heartbreak dengan previous relationship.
Kau jadi talian hayat dia je.
Once dia healed, atau jumpa dengan someone yang buatkan they feel alive again, slowly kau akan diletakkan di luar pintu saja.
Tapi dia tak buang. Sesekali dia "Hi" kau just to keep the relationship warm.
Padahal takde rasa sayang pun.
Dia cuma nak kau keep ada dalam capaian dia. Just in case. You got what I mean?

Kau tengok je lah mana-mana narcissist, even dah terkantoi big time, dia akan kata "I takkan lepaskan you".
Inilah perangai dorang. Controlling others.

Dan dorang pakar manipulate situations supaya they get what they want.
Macamana sekalipun dia akan putar putar putar selagi boleh supaya at the end dia nampak betul.
Sebab itulah dia takkan lepaskan kau.
By keeping you close, they can continue to control you through emotional manipulation.
Memang sakit jiwa kita melayan.

Kalau nak buat dia pulak sakit jiwa macamana?

Tinggalkan dia. Angkat kaki, jalan. Jangan patah balik.
Macamana orang kata dia dah berubah, atau dah insaf, atau dah bertaubat, gasak dia.
Good for themlah kalau dah berubah.
Tapi itu bukan syarat untuk kau kembali pada dia. NEVER.
Entahlah, aku memang takde yang positif kalau dengan narcissist.
To me, dorang takkan berubah.